KENANGAN MALAYSIA

Thursday, August 26, 2010

31 Ogos 1957: Semangat Merdeka ada dalam diri semua pihak dan kanak-kanak ini tidak terkecuali. Dengan rasa bangga dan teruja mereka mengibarkan bendera Malaya, iaitu simbol negara baru yang menuju ke arah pentadbiran sendiri.


3 Julai 1956: Seorang anggota polis mengawal lalu lintas di persimpangan Jalan Pudu, Pasar dan Sungai Besi.
3 Jun 1951: Penyong atau seruling mulut yang dimainkan OM, seorang Lanoh Negrito dari Lenggong, Perak.
12 November 1982: Penari berbakat, pereka tari dan penganjur tarian Melayu tradisional, Azanin Ezane Ahmad sebagai Putri Sa’dong. Drama tari Putri Sa’dong adalah hasil kerjanya yang ketiga selepas Dayang Sari (1978) dan Jentayu (1980).
18 Februari 1958: Kanak-kanak kecil dari Tras, sebelum ini dikenali sebagai pekan hantu di Pahang, berjalan mengucapkan selamat Tahun Baru dan meraikan Tahun Baru Cina dengan bersemangat selepas keadaan kembali pulih di kampung mereka.
30 Disember 1938: Penjual akhbar “Straits Times” di jalanan memberikan perkhidmatan sambil menawarkan senyuman.
2 Mac 1950: Ketika perintah Kecemasan, pergerakan orang ramai dan barangan dipantau untuk mengesan ke akar umbi pihak yang membantu komunis dengan membekalkan makanan serta maklumat kepada pengganas komunis. Gambar menunjukkan konstabel khas memeriksa bakul rotan yang diletakkan di bahagian belakang kereta, yang mana antara sekatan jalan raya dilakukan pada bulan Anti-penjahat berdekatan Kuala Lumpur.
31 Ogos 1957: Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan untuk Malaya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, selepas membacakan pengisytiharan itu.

17 September 1963: Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menerima Watikah Perlembagaan Malaysia daripada Yang di-Pertuan Agong pada majlis Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

1 September 1957: Bunga api kelihatan pada waktu malam, dihiasi lampu bangunan stesen keretapi ketika Malaya menyambut kemerdekaan daripada pemerintah British. Bunga api itu bernilai AS$20,000, iaitu hadiah daripada komuniti Jepun.



(source:berita harian 26/8/2010)


No comments:

Post a Comment